Sunday 9 December 2012

Malaysia Top Amoi! – Brandy Akiko



Brandy Akiko? Siapa tu? mesti ramai yang tak kenal dengan amoi ni kan. Tak seperti Amber Chia dan Datuk Michelle Yeoh yang sudah sinonim dalam dunia hiburan Malaysia.

Brandy ini sebenarnya adalah seorang model berbangsa Cina yang agak popular. Dia dilahirkan pada tahu 1989, dan pernah menyertai Chinese Oriental Pearl 2006, I Wanna Be A Model Season 2 dan Miss Malaysia Trendy 2007.

Dia juga ada blog sendiri iaitu brandyakiko.blogspot.com dan dia sering memuatnaik gambar wajahnya yang comel dan cute itu di dalam blognya. Namum begitu beliau masih belum dapat menyaingi populariti Amber Chia. Mungkin satu hari nanti amoi ni akan menyengat. Hu3












Adam AF Bertunang?


Tiab-tiba pula keluar gosip pasal Adam AF nie. Tak Pasal-pasal dek salah faham Adam dikatakan telah bertunang. Setelah pembantu peribadi Adam AF mengeluarkan status yang berbunyi "tahniah di atas pertunangan kepada bos".

Menjelaskan isu ini, Andy memberitahu yang dia tidak memanggil Adam dengan gelaran bos.
“Untuk pengetahuan semua, Adam masih belum bertunang. Dia pun masih solo.
“Ucapan selamat itu bukanlah ditujukan untuk Adam. Ia adalah untuk kawan saya.
“Bagaimapun, disebabkan status saya ini, ada segelintir peminat fanatik Adam menangis sebaik saja mendengar berita yang mendakwa Adam sudah bertunang,” katanya yang dipetik menerusi Murai.com, semalam.
Memberitahu mengenai status Adam, Andy menerangkan bahawa Adam masih lagi sedang mencari cinta.
“Setakat ini, Adam masih belum jumpa lagi wanita idaman,” katanya.
Perkembangan terbaru, Adam dikatakan akan membuka sebuah klinik perubatan Islam menjelang Januari 2013 di Damansara.

Shila Amzah tercalon untuk World Music Awards 2012





Worlds Music Awards 2012 yang akan diadakan di Miami, Florida untuk edisi yang ke 23 kalinya. Anugerah ini telah diwujudkan semenjak 1989 lagi.

Apa yang istimewanya kali ni. Shila Amzah juga turut tercalon didalam kategori World’s Best Female Artist. Yang mana turut tercalon didalam kategori ini adalah seramai 40 artist termasuklah Adele, Britney Spear, Selena Gomez, Rihanna dan ramai lagi. Wah bukan calang-calang persaing yang akan bertanding nanti. Semoga Shila akan mendapat kejayaan di dalam Award ini.