Sunday 9 December 2012

Adam AF Bertunang?


Tiab-tiba pula keluar gosip pasal Adam AF nie. Tak Pasal-pasal dek salah faham Adam dikatakan telah bertunang. Setelah pembantu peribadi Adam AF mengeluarkan status yang berbunyi "tahniah di atas pertunangan kepada bos".

Menjelaskan isu ini, Andy memberitahu yang dia tidak memanggil Adam dengan gelaran bos.
“Untuk pengetahuan semua, Adam masih belum bertunang. Dia pun masih solo.
“Ucapan selamat itu bukanlah ditujukan untuk Adam. Ia adalah untuk kawan saya.
“Bagaimapun, disebabkan status saya ini, ada segelintir peminat fanatik Adam menangis sebaik saja mendengar berita yang mendakwa Adam sudah bertunang,” katanya yang dipetik menerusi Murai.com, semalam.
Memberitahu mengenai status Adam, Andy menerangkan bahawa Adam masih lagi sedang mencari cinta.
“Setakat ini, Adam masih belum jumpa lagi wanita idaman,” katanya.
Perkembangan terbaru, Adam dikatakan akan membuka sebuah klinik perubatan Islam menjelang Januari 2013 di Damansara.

No comments:

Post a Comment